assalamualaikum semua,
wee huuu~~ dah hampir sebulan blog ni tak berupdate... and kali ni update panjangggg punya.. hehe
ni sume gara2 bila morning sickness strikes back!
momi ingat 2nd pregnancy ni I'll be okay, but it's not. it turns out very bad... ;(
seawal bulan April 2012, momi mula muntah2.. mula2 tak teruk, tapi day by day, muntah, muntah n muntah. sampai momi jadi terlampau flat n tak boley buat apa2 except baring je..
for the first week tu, momi cuma makan ni je... quaker oat & horlicks..yang lain sume takley masuk, mesti terbelahak balik keluar..
ada sekali tu, momi tak sempat nak lari gi toilet, termuntah dekat ruang tamu... dedi cakap takpe, muntah je... nanti dia lapkan... Ya Allah, sebaknya hati momi ni... terharu bila dilayan suami sebegitu rupa.. Allah je yang mampu balas jasa dedi...
momi mula2 taknak gi hospital... macam biasa, momi ni bangsa yang paling liat nak masuk spital. so masa 2nd week kena muntah2 teruk, momi text Kak Yatt, cerita masalah momi.. Kak Yatt (Dr. NoorHayati) ni adalah O&G specialist dekat Hospital Melaka.. dah hampir 15 tahun dia kerja sana.. n she's the best menurut kata kawan baik dia.. momi kenal Kak Yatt ni sebab dia regular customer kami.. dia selalu bawak her cats datang untuk dapatkan rawatan from our clinic.. ;)
but before that, dedi dah consult gak ngan gynae momi, Dr. Tan kat Pantai Hosp, n Dr. Tan minta datang terus suh warded. but momi refused. heh heh
then, on Friday, lepas text2 Kak Yatt, dia push datang jumpa dia n dia cakap nak bagi mc plus bagi momi surat pengesahan untuk benarkan momi bercuti since my condition yang sangat2 teruk.
melangkah la momi for the 1ST TIME ke Hospital Melaka tu..huhu.. a bit nervous n dislikes sikit tengok suasana hospital. Kak Yatt suh momi terus naik klinik O&G, without registration.. heh, besau lesen momi tau! ngahahahaha
bila sampai je, Kak Yatt terus panggil masuk dalam jumpa dia kat consultation room. mula2 ok, dia consult2 sambil tulis surat, sekali tengah bercakap2 tu, momi terus termuntah! huhu... malu.... then terus Kak Yatt arahkan MO dia, untuk put on drip kat momi... kena paksa amik drip.. 3 botol masuk masa tu.. while dedi gi solat Jumaat, momi terbaring la kat spital kat labour room tu.. huhu
oh, as my expectation, MO junior, 2 kali dia cucuk momi sebab tak jumpa vein.. adessss.. this is one of the reason y momi kurengggg sikit ngan government hospital. Kak Yatt just monitor junior doc tu wat keje. hehe.. seriau gak kita kan kalau bos dok perati wat keje ;)
balik je dari hospital petang tu, momi boley la makan sikit. and cuba minum air kelapa. ingatkan boley la bertahan... sekali, esoknya momi start muntah2 balik... aduhhh seksanya rasa...
dedi ajak momi gi Hosp. Pantai, dia nak momi admit kat sana.. tapi momi ni degil sangat, masih nak bertahan duk kat umah.. and macam2 la tekak ni merayau nak air tu, nak air ni.. dedi turutkan je sume yang momi nak.. ada sekali tu, teringin nak minum air nenas. dedi beli, rebus dan buat air. momi minum 2-3 teguk., tak lama pastu terus muntah... hehe..
kadang2 rasa nak makan whipped potato KFC tu, bila dedi dah beli, momi pandang je.. tak lalu nak masuk mulut.
malam tu gak dedi bawak gi Poliklinik Nazmir, amik drip sekejap. sebab momi semakin flat...
kemuncaknya, masa petang Khamis tu mak momi call... momi memang takley nak cakap... banyak hmm hmm je kat fon. dia push momi suh gi hospital n stay sana... n finally, Jumaat pagi minggu lepas, bila badan momi dah start menggigil, lesu yang amat2, tak boleh nak bangun dari katil, momi text dedi kat opis, "tolong bawak syg gi hospital..."
terus dedi apply cuti ngan bos dia, balik umah amik momi n straight gi Hosp. Pantai. sampai2 je, jumpa gynae jap Dr. Tan, dia check2 momi sambil membebel2 hehe.. "y u taknak datang awal2? u dah teruk ni tau.. u looks very pale, and dehydrated..."
ok2 doc, salah saya. I admit. huhu
sempat scan baby jap masa tu, wahhhh, to my surprise, baby tersangatla aktif. masa doc scan, dia siap berpusing and kaki dia menendang ke atas. hihi. so cute ye kamu sayang.. tapi awak sangat2 small, momi takde rasa pun u punya kick tu :D
doc cakap, this is normal and actually it is good for mothers yang kena morning sickness teruk macam momi ni. it indicates that progesterone level momi very high, and bagus tuk supply more bloods pada baby. it just that, momi dia kena suffer sikit lorrrr...
|
Hanny and dedi teman momi stay 1 night kat hospital... actually, ward sume penuh on that day. yelah, Friday kan masa tu... VIP ngan single room sume penuh. momi dapat 4 bedded room. tapi dedi tak puas ati....mujur staff nurse yang attend momi tu baik, dia tolong kitorang. ada dua patient from 2 bedded room nak balik on that day, so dedi terus booking full room untuk kami sefamily... sebab dedi cakap dia sedih sangat nak tinggalkan momi tido malam sorang2.. alalalala sayangggg dedi! maka, stay la kami anak beranak dalam bilik besar tu.. hehe gile kuasa... |
On Saturday tu, tengahari momi dah discharge. segar sikit rasa badan ni.. mana taknya, 6 botol masuk.. huhu.. plus beberapa jenis ubat lagi.. ngeee...
balik umah je tekak teringin nak makan kopok ni... mujur ada jual kat kedai runcit depan umah... nyum nyum.. berbalang2 dedi gorengkan wat stok tuk momi mengunyah...
|
and momi juga ketagih nak makan buah tembikai susu. everyday pagi petang kena makan.. ni special cuts from dedi jugekkk... momi tak reti potong buah lol.. |
and ketagihan terbaru, sambal tempe bilis goreng ni... pehhhh! tak boleh berhenti meratah ni.. aritu kemaruk sangat nak makan... ada kawan kat FB suggest satu orang ni, dia pandai wat... so request kat dia 5 bekas.. tapi dia tak sure bila boleh pos... so momi rekues dedi, tanya sape leh watkan menda ni. i tell u, bukan semua orang pandai masak ni ok.. rasa2nya orang Jawa je yang pandai masak ni..
ekceli dah tau Maksu dedi memang boleh buat... tapi cam segan nak mintak maksu wat... tapi, eh berapa banyak tapi ni? hehe.. dah budak yang meniaga kat fesbuk tu tak janji bila nak pos, terus dedi message Paksu, mintak maksu watkan... n paksu siap hantar sampai umah petang semalam. syukur Alhamdulillah.. sedap sangat!!! kering je, tak basah macam sesetengah orang buat tu... tak berhenti momi kunyah... hehe
eh cop, cop... tapi Maksu bukan jawa... aaa caner? hehehe
dan hari ni, momi dah semakin better. even tak boley makan macam2 lagi, but at least ada gak makanan yang boleh masuk perut. but, before makan tu, momi kena makan Emeliv 10mg (ubat tahan muntah) so that momi leh makan tanpa muntahkan balik isi perut...
apapun, momi nak ucap terima kasih sangat2 pada dedi korang berdua.. dia adalah segalanya untuk momi. tak pernah mengeluh, tak pernah rasa penat. sentiasa sabar melayan kehendak momi... tak pernah pun tolak permintaan momi.. ni type pun dah bergenang airmata... he's my everything. momi takkan jadi sekuat ini tanpa dia... berulang alik dari opis ke rumah time lunch hour jengah momi kat rumah.. Ya Allah.. syuku sangat2 dikurniakan suami seperti ini...semangat momi akan hilang tanpa dedi.. ilusm dedi..